Teknik Cepat & Efektif Dalam DIY Studio Fotografi Produk - Keperluan Asas sebelum merakam foto
- Azwa Photography
- Feb 6, 2017
- 2 min read
Kali ini, saya akan berkongsi tentang persediaan asas yang diperlukan untuk merakam foto produk di rumah sendiri. Saya sendiri telah memilih beberapa peralatan untuk digunakan agar dapat menghasilkan foto yang menarik dan dapat menjadi tumpuan mata & emosi pelanggan. Disamping itu, ia memudahkan dan mempercepatkan proses pasca produksi (selepas selesai rakaman foto). Ia boleh digunakan untuk produk makanan, barang kosmetik, pakaian malah untuk rakaman foto macro.

Perkara yang paling asas dalam fotografi adalah cahaya. Untuk menghasilkan cahaya yang mencukupi dan sesuai, adalah penting untuk memilih peralatan yang bersesuaian. Saya inginkan cabaran dalam menentukan sesuatu hasil foto yang dirakam dapat memuaskan hati pelanggan. Tips dalam artikel ini adalah permulaan yang bagus bagi jurufoto yang ingin menjadi seorang jurufoto yang profesional.
KEPERLUAN BAGI PENYEDIAAN TEMPAT FOTOGRAFI PRODUK

Bagi saya, beberapa perkara perlu di rancang untuk memastikan rakaman foto produk berjalan dengan lancar:
1. TEMPOH MASA YANG PANTAS: Boleh merakam foto dengan efektif dan cepat dari pelbagai sudut, dan mudah untuk berubah kepada produk yang seterusnya.

2. CAHAYA YANG BOLEH DI MANIPULASI: Cahaya boleh ditetapkan dalam kadar yang sama pada kebanyakan produk, namun mesti fleksibel dan mampu diubah bagi mendapatkan pencahayaan yang tepat.

Cahaya yang tidak mencukupi perlu di tambah dengan penggunaan flash atau peralatan yang lain.

Pencahayaan yang mencukupi dari pelbagai sudut.
3. MUDAH UNTUK DISUNTING: Foto yang di rakam mestilah mudah untuk disunting di dalam mana - mana perisian suntingan (editing) seperti Adobe Photoshop. Subjek yang dirakam mesti berupaya untuk diasingkan dengan latarbelakang bagi menjadikan produk tersebut lebih menonjol dari latarbelakang dan kelihatan lebih menarik.

Proses merakam foto untuk mendapatkan latarbelakang berwarna putih

Produk yang telah disunting bagi menghasilkan produk berwarna putih yang lebih jelas berbanding latarbelakang. Kebanyakan dari masalah yang timbul adalah untuk memastikan bahawa produk lebih menonjol dari latarbelakang.
Artikel seterusnya akan berkongsi tentang peralatan asas untuk fotografik produk.
Comments