4 Tips Jualan Meningkat Dengan Foto Produk Yang Hebat
- Azwa Photography
- Jan 30, 2017
- 2 min read
"Walau sehebat mana produk yang ditawarkan, saya tidak akan membelinya jika foto produknya tidak menarik perhatian."
Kesungguhan seorang penjual dalam memastikan foto produknya menarik membuktikan komitmen terhadap produk yang dijualnya. Pernah tak, bila kita pergi ke pasaraya, beli kasut tanpa mencubanya? Haa.. sebab itu, dalam bisnes online, foto produk sangat penting kerana pelanggan tak boleh rasa & cuba apa yang dijual. Itulah sebab yang PALING UTAMA bagi setiap foto yang ditunjukkan dapat memberi gambaran yang jelas sehampir yang mungkin dengan produk yang dijual. Dalam post kali ini, saya akan berkongsi 4 tips untuk memastikan foto produk yang dapat mengikat mata, hati & emosi pelanggan untuk membeli, dan dapat lah jualan. Tarikan kepada emosi pelanggan tu penting! Bukan hanya sekadar ada foto, foto yang dapat menghasilkan jualan, mestilah ada kaannn.. kerana itu sebab utama untuk mebuat jualan.
LATARBELAKANG (Background)
KICS - Keep It Clean & Simple. Tak serabut dengan pelbagai subjek, lebih baik putih atau hitam. Produk mesti nampak lebih terserlah dari latarbelakang. Terutamanya bagi produk bersaiz kecil dan mudah untuk menetapkan keseragaman pencahayaan.

PENCAHAYAAN (Lighting)
Ini asas kepada fotografi. Cahaya yang semulajadi yang datang dari tingkap, pintu, atau mana-mana lokasi yang mendapat cahaya dari luar adalah yang lebih semulajadi (natural lighting). Ada ketikanya, untuk menaikkan warna atau fokus subjek dibahagian tertentu memerlukan sumber cahaya yang lain seperti dari flash, strobe light atau lampu yang biasa. Ia tidak semestinya mahal untuk menghasilkan foto yang hebat. Di bawah, sebenarnya ada 3 punca cahaya, kiri dan kanan menggunakan soft box dengan lampu, untuk background, saya memilih menggunakan flash dan di tapis dengan shoot through reflector. Simple je kann??

Foto yang dibawah ni hasil kepada setup yang di atas.

PENELITIAN TERHADAP SEBUAH FOTO (Attention to Detail)
Setiap foto yang dihasilkan buka sekadar sebuah foto yang ingin dijual secara am. Terdapat beberapa aspek dalam sebuah foto yang menjadi fokus daripada perspektif pelanggan yang mahu meneliti kualiti dan ketulenan setiap produk yang mahu dibelinya. Sebuah foto yang mempunyai tahap penelitian yang tinggi melambangkan kesungguhan untuk menjual produk yang berkualiti tinggi. Dengan kualiti, pelanggan akan membeli berulang-ulang kali dan pemasaran secara otomatik lebih mudah berlaku dari mulut pelanggan yang sangat berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli.

TUNJUK & BUKTIKAN
Foto yang dirakam perlu menunjukkan setiap ciri-ciri produk yang dinyatakan dalam spesifikasi & maklumat produk. Kalau satu baju atau seluar mempunyai 3 poket, poket tersebut perlu ditunjukkan dengan jelas dan buktikan kualiti poket tersebut sama seperti yang telah dinyatakan dalam iklan produk tersebut. Pastikan juga, foto yang diambil dari pelbagai sudut yang berbeza yang dapat dilihat oleh pelanggan secara terus dan juga kreatif.
Klik link ini, Dodocase dan lihat bagaimana foto-foto yang ditunjukkan dari pelbagai sudut, warna dan bentuk. Adalah lebih efektif jika foto produk yang diambil ditunjukkan "in action" agar pelanggan dapat merasai secara visual apabila menggunakan manfaat produk yang dijual, serta ia menambahkan emosi yang menarik pelanggan untuk membeli produk tersebut.Usaha untuk menghasilkan foto produk yang gempak & kaw kaw menarik perhatian pelanggan adalah sesuatu yang sangat berbaloi untuk bisnes online anda.

Dengan menggunakan foto produk yang hebat dan menarik dapat menjawab segala soalan yang bermain difikiran pelanggan. Ia akan membawa lebih banyak trafik dan tarikan kepada bisnes online serta menjana jualan yang huru-hara lakunya.
Lihat link ini, 14 Shopify Stores with Awesome Product Photograhy!
Comments